TIPS TEMUDUGA (IV) SEPARA PERUBATAN
Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuw
OKAY..LETS GET IT !!
Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri + sumber blogger/internet.
SEBELUM IV
1. Etika pemakaian
- Disarankan untuk menggunakan baju kemeja (bagi lelaki) yang berwarna lembut seperti biru muda, putih, hijau lembut serta necktie yang bersesuaian tanpa corak yang keterlaluan. Bagi perempuan penggunaan baju kurung adalah lebih sesuai. Elakkan menggunakan warna yang terlalu terang, corak yang berlebihan dan baju kurung (style).
2. Resume & Susunan sijil.
- Resume jika perlu dan lebih baik jika ada. Susunan sijil mestilah teratur seperti :
a. Sijil peribadi/lahir dll
b. Sijil akademik/ keputusan peperiksaan (SPM>PT3>UPSR) *dari baru ke lama.
c. Sijil kokurikulum *dari baru ke lama.
- Sediakan copy kesemua sijil.
3. Sila ikut dokumen-dokumen yang telah diarahkan oleh pihak SPA. Wajib sediakan. Contohnya, salinan IC sendiri dan ibu bapa atau penjaga dll.
SEMASA IV
Perasaan gementar sudah pasti tetapi pastikan dalam diri kita sudah bersedia untuk menjawab semua pertanyaan dari interviewer. Selalunya, interviewer terdiri daripada dua org panel iaitu, seorang drpd pihak Pegawai SPA dan seorang merupakan seorang Senior kakitangan hospital (Medical Assistant/ Matron Nurse)
Ada dua perspektif soalan yang berbeza dari kedua dua belah panel. Pegawai SPA lebih bertanyakan soal latar belakang peribadi anda, pengetahuan anda tentang mengenali ahli keluarga anda sendiri dari segi pekerjaan mereka, pengetahuan am tentang negara seperti organisasi pemerintahan negara, isu semasa negara.
Manakala pertanyaan dari panel kakitangan kesihatan pula lebih kepada soalan tentang jawatan yang dipohon seperti warna baju Medical Assistant, warna line reben di tudung atau cap nurse d sbgnya. Selain itu, contoh2 penyakit2 terkini/popular (terkini)* boleh search kat google. sterusnya adalah Sejarah jawatan yang dipohon (boleh search nama jawatan yg dipohon kat Mr Google). then, (mesti tahu lebih tentang jawatan yg dipohon)..jawatan lain juga harus tahu serba sedikit kemungkinan soalan yg x diduga disoal oleh mereka. Just Be Ready.
Selain daripada di atas, terdapat soalan yg saya kategorikan sebagai soalan yang tidak diduga. Bagi saya taktik untuk menjawab soalan ini adalah jangan sesekali memberi jawapan “TIDAK TAHU”, “ENTAH” / BERDIAM SAHAJA. Tips nya adalah anda perlu menjawab dengan yakin besertakan logik yang muhasabah.
Sebelum IV berakhir, panel akan memberi peluang kepada kita sama ada sebarang persoalan untuk ditanya kepada panel atau kata-kata harapan. Disarankan / seboleh bolehnya kita bertanya kepada panel atau memberi kata-kata harapan kepada panel. Perkara itu adalah menunjukkan cara berkomunikasi yang sangat berkesan.
Kesimpulan daripada saya adalah para panel melihat cara komunikasi, etika pemakaian dan keyakinan ketika berkomunikasi.
Berikut adalah soalan-soalan STANDARD dalam temuduga :
*buat revision banyak2 kat internet yerr..
Untuk pengetahuan pembaca sekalian jawatan yang dipohon oleh saya adlah Assistant Medical Officer (AMO) atau org selalu sebut MA iaitu Medical Assistant ataupun Dressar..knp ada bnyk nama?? (that why kena baca sejarah2 jawatan yg dipohon).
Gambar berikut merupakan nota revision saya sebelum menjalani temuduga SPA.
Oleh itu, kena tunjuk minat anda dalam bidang yang anda inginkan.
"Jangan tengok apa dibelakang kita, sedangkan yang dihadapan sudah menanti"
#bukan jodoh aaa..haha..
Selepas IV jangan lupa ucap TERIMA KASIH & SENYUM.
Sebarang pertanyaan boleh comment di bawah.
* for my next next and the next blog..dengan izinNya..saya akan menceritakan keistimewaan tentang jawatan atau kursus yang dipelajari dan keistimewaan tantang jika anda menjadi pelatih/student di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Semoga berjaya walaupun kita sedar kekurangan kita jangan sesekali memandang rendah terhadap diri sendiri"





No comments:
Post a Comment